Pertemuan dengan Lina hari itu membawa pelbagai persoalan kepada aku. Entah kenapa Tuhan mentakdirkan dia datang berkunjung ke kedai aku hari itu. Katanya nak beli benang untuk jahit baju pelanggannya. Kira dah hampir setahun aku tak jumpa dia. Nampak badannya semakin berisi. Tapi muka sembab semacam je. Sakit ke dia? Entah tak le berani nak bertanya. Tapi kehadirannya bukan sekadar nak beli benang. Entah dengan tak sengaja bermula dari bertanya khabar dirinya dan anak-anaknya hingga akhirnya dia meluahkan segala perasaan yang terbuku di benak hatinya kepada aku.
Marah sesangat si Lina ini dengan anak sulungnya. Kemarahan yang tak dapat nak di tahan-tahan. Sehingga setiap perbualan yang di luahkan kepada aku semuanya di penuhi dengan rasa dendam. Semenjak anak sulungnya si Hadi bekahwin dengan janda muda beranak dua tu katanya, dia asyik menangis je. Si Hadi tu pulak baru berusia 20 tahun. Belajar kat U pun tak habis tapi dah kahwin dengan pilihan hatinya sendiri. Pilihan yang tak dapat restu ibunya.
‘ Kenapa marah sangat Lina? Kan elok dia kahwin, tak lah dia terjebak dengan perkara-perkara yang tak elok. Lina juga yang cerita tadi si Hadi tu asyik keluar tiap-tiap malam dengan janda tu sampai jiran tertangga dah pandang serong?’
‘ Entahlah kak, Lina tak suka dengan perempuan tu, tak berkenan di hati Lina. Dahlah tak bersopan perangai pun kasar kak, pernah ugut-ugut Lina bila Lina tak mahu dia kahwin dengan Hadi’
‘ Ada dia datang ke rumah lepas kahwin dengan Hadi?’
‘ Ada tapi Lina tak bagi dia masuk rumah……..’
‘ Astagfirullah hal azim…… kenapa Lina sampai macam tu? Kan elok terima aje dia seadanya. Dah pun sah jadi menantu kita. Yang lain-lain kekurangan tu kan masih boleh dibimbing.’
‘ Entahlah kak, susah nak cerita. Akak tak duduk di situasi Lina. Mungkin susah akak nak faham……..bla….bla….bla…..
Aku biarkan sahaja dia meluahkan segala kemarahan pada anaknya di cuping telinga aku. Tak kuasa lagi aku mencelah atau menasihati dia, karang di kata pula aku tak faham perasaan dia sebab aku tak duduk di situasi dia. Betul ke aku tak faham perasaan dia? Tapi sememangnya aku betul-betul tak faham perangai dia. Tapi betul juga katanya aku tak duduk di situasi dia jadi aku tak akan faham perasaan dia. Akhirnya aku dengar, mendengar dan terus mendengar segala luahan hatinya. Harapan aku dapatlah dia meredakan api kemarahan dan dendam terhadap anak sulungnya itu. Sesekali aku angguk-angguk dengan ceritanya buat-buat tanda faham. Kekadang aku menggelingkan kepala seolah-olah macam tak setuju seperti mana dia tak setuju. Tetapi beberapa kali juga aku tersentak terkejut bila Lina yang aku kira orang kuat memperjuangkan agama ini sanggup jumpa bomoh untuk memisahkan hubungan anaknya dengan si janda tadi. Tapi akhirnya kahwin juga budak berdua tu. Sesekali aku cuba jua mencelah perbualan Lina sekadar memastikan dia tak keseorangan bercerita. Hinggalah……………. Akhirnya aku bertanya kepadanya beberapa soalan.
‘ Lina …..macamana dengan anak-anak madu? Ada masalah juga ke?’
‘ Anak kakak(madu pertama) tak ada masalah semuanya baik-baik. Malah dah kerja dan dah bantu mak bapak serta adik-adiknya. Anak Lina ni je yang bermasalah kak!’
‘Hemm jangan marah kalau akak tanya eh………’
‘ Apa dia kak?’
‘ Hemmmm bila Lina berdepan dengan masalah si Hadi ni dengan ketika bermadu dulu mana yang lebih perit?’
‘ Kak …….bermadu lain kak! Masa bermadu dulu kita dah tahu suami kita tu bukan kita sorang punya. Lina pun dah set dalam kepala otak yang suami kita tu milik orang lain juga. Kita pun dah biasa hidup sendiri-sendiri. Tapi ni anak kak yang kita bergantung harap pada dia. Perit tau kak…….. lebih derita kak…….’
Hemmmmm ………sambil tersenyum aku mengeluh manja. Tapi dalam hati, mula lah aku jahat berkata-kata…
“ Bolehlah engkau cakap macam tu sebab engkau isteri ke dua mana tahu rasa perit bila hak ‘terkena ambil’ untuk di kongsi bersama. Ini baru Tuhan uji anak pulak ‘terkena ambil’ dengan janda beranak dua dah rasa bergelora……. Cubalah pergi tanya madu kat sebelah sana macam mana tesiksa dirinya nak mujahadah untuk menerima diri engkau mejadi sebahagian dari hidupnya? Itu pun dia mengalah untuk menerima jua. Kenapalah menantu tu engkau tak boleh nak terima seadanya? Ini lah didikan dari Tuhan supaya engkau pula belajar memahami bagaimana perasaan madu engkau sewaktu dulu………………”
INI HAMBA CIPTAAN TUHAN
Yang wujud di waktu ini sama ada kita sedar atau tidak hanya ada dua
Yang pertama yang wujud adalah Tuhan (Allah) yang kedua wujud adalah
makhluk (hamba-hamba)
Tuhan adalah Pencipta, makhluk atau hamba adalah kena cipta
Yang ada kuasa hanya Tuhan, makhluk tidak ada kuasa apa-apa, kalau nampak pada lahirnya ada kuasa itu adalah zahir sahaja, pada hakikatnya tidak ada
Tuhan adalah bebas membuat apa sahaja, makhluk tidak ada kebebasan apa-apa
Kalau kita sedar hakikat ini, kita makhluk atau hamba hendaklah kita sedar diri demi untuk keselamatan diri kita
Tuhan bebas datangkan penyakit, kemiskinan, kejahilan, kesusahan dan sebagainya
Apa yang Tuhan timpakan kepada kita itu tidak dapat kita menyanggah atau menolaknya
Oleh itu janganlah kita hendak berlagak sebagai Tuhan, ingin bebas daripada segala-galanya, kita adalah hamba
Kalau kita hamba memang tidak ada kebebasan, ingin bebas seperti Tuhan
kita akan menderita
Daripada kita ingin bebas yang tidak mungkin bebas, bukankah lebih baik kita bersedia berhadapan dengan hakikat hidup kita yang tidak mungkin bebas itu
Daripada bersedia ingin bebas memang yang tidak mungkin bebas, kita bersedia berhadapan dengan tidak kebebasan itu untuk keselamatan kita
Yang penting pada kita kenalilah Tuhan, dapat faham kerja-kerja-Nya terhadap kita, dan faham mengapa sesuatu yang tidak kita suka itu berlaku atas diri kita
Kalau kita kenal Tuhan, faham kerja-kerja-Nya, mengapa kita diuji, kita masih rasa bahagia
Betapalah sekali-sekala tidak diuji kita dengan sebarang kesusahan lebih-lebih lagi kita bahagia
Jika kita faham Tuhan, diuji kita dengan sesuatu yang kita tidak suka,
Dia hendak ampunkan dosa kita atau hendak tinggikan darjat kita di Syurga
Wah! Bahagia rasanya kita, tenang hati kita dibuatnya, kalau tidak faham
hati kita derita mungkin sengsara
Sekali-sekala kita diberi-Nya rahmat dan nikmat, kita faham supaya kita dapat pahala bersyukur, dan dapat membuat baik kepada manusia supaya pahalanya berganda-ganda
Oleh itu dengan nikmat kita tidak bangga dan tidak sombong terhadap manusia yang menjadikan manusia benci
Jadilah kita orang yang kurang bermusuh dengan manusia
Bermusuh manusia itu terhadap kita, hilanglah kebebasan kita, padahal kebebasan itu kita suka
Sebenarnya jiwa kita akan terseksa, kita yang menimpakannya kepada diri kita, kerana kita tidak kenal Tuhan dan kerja-kerja-Nya
Kalau kita kenal Tuhan dan faham kerja-kerja-Nya masya-Allah susah dan senang menimpa kita, tetap kita gembira
Tidak bebasnya kita kalau kita faham kerja-kerja Tuhan, jiwa kita tidak akan derita
Ramai manusia yang derita dan terseksa kerana jahil tentang Tuhan dan kerja-kerja-Nya
Mana mungkin kita hamba bebas daripada sebarang yang kita tidak suka
Kita tidak mungkin bebas tapi inginkan kebebasan itulah rahsia mengapa jiwa kita derita
Janganlah menjadi orang yang bodoh menyeksa diri sendiri dari silap kita
Padahal kalau kita faham, senang dan susah, kaya dan miskin, sakit dan sihat kebaikannya kepada kita
Mengapa di waktu senang kita bangga hingga orang tidak suka
Mengapa di waktu susah kita menderita padahal ia adalah pahala untuk kita atau darjat untuk kita
AYAH
7.2.2004
PERKARA YANG MENGGUGAT JIWA TERLALU BANYAK
Yang menggugat jiwa kita di dalam kehidupan kita terlalu banyaknya
Sedikit yang kita dapat duga banyaknya yang tidak dapat diduga
Kadang-kadang yang mengugat jiwa hingga hilang ketenangan dan kebahagiaan kita itu datang bertimpa-timpa di dalam satu masa
Jika kata pepatah Melayu “Sudah jatuh di timpa tangga pula”
Ujian - ujian yang datang adakalanya ringan adakalanya berat
Adakalanya sekali-sekala datang adakalanya sering sahaja datang menimpa
Walhasil manusia tidak terlepas daripada ujian
Ertinya di dalam kehidupan manusia hati atau jiwa manusia sentiasa sahaja tergugat dan digugat
Jiwa tidak pernah tenang sentiasa sahaja bergolak berhadapan dengan ujian
Apabila ujian datang lebih-lebih lagi jika berat pula segala apa yang ada pada kita tidak dapat mengubatnya
Tidak dapat diubat oleh harta dan kekayaan, oleh nama dan glamour, oleh pangkat, oleh kekuasaan, oleh ilmu
Setengah orang bila ditimpa dengan berbagai-bagai ujian jiwanya sentiasa gelisah dan sengsara
Dia menjadi orang yang kecewa bahkan ada yang putus asa
Biasanya berlaku kepada orang yang lemah iman atau yang tidak ada iman
Di sinilah perlunya kita mengenal Tuhan dan perlu kepada-Nya
Walaupun fitrah semulajadi jiwa manusia rasa susah dengan ujian dan penderitaan
Tapi bagi iman orang yang soleh walaupun rasa sedih terasa juga tapi tidak sampai menggugat
Dia tidak sampai hilang pertimbangan dengan mujahadahnya kelihatan tenang juga
Tapi bagi iman orang yang muqarrobin lebih-lebih lagi golongan siddiqin
Dia terasa terhibur pula dengan ujian itu
Dia merasakan bernasib baik Tuhan ada mengambil perhatian terhadap dirinya
Dia sungguh tenang dan bahagia dengan ujian itu
Ini adalah orang yang luarbiasa
Ini benar-benar orang Tuhan ahlillah atau rijalullah
Di sinilah perlunya kita mengenal Tuhan dan perlu kepada Tuhan
Tuhan adalah pengubat segala penyakit jiwa yang menimpa manusia
AYAH
6 Safar 1421




